Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab, Durian Daun, 75990, Melaka.E-mail:gee_nor@yahoo.com, No-Tel:013-4039215

Sunday, January 24, 2010

PeSaN rOh KePaDa MaNuSiA hIdUp

Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata - kata dan seluruh isi alam samada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku meminta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan - lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka - luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil - manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak - anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. "Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama - lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak - anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak - anakku jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisabku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakanku...."

Saturday, January 2, 2010

Selamat Datang 2010!!!

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada family saya dan teman-teman seperjuangan sekalian. Semoga tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Saya juga ingin memohon maaf kepada teman-teman sekelas saya iaitu unit PA, seandainya tahun lepas ada kekurangan pada diri saya, maklumlah manusia ini tidak sempurna. Jadi, doa dan harapan saya agar kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Wallahua'lam...

Wassalam...

Friday, October 23, 2009

Thank you, Dr. Kamarudin!!!

Assalamualaikum semua! Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah teknologi maklumat kelas Pengajian Islam iaitu Dr Hj Kamarudin bin Hassan kerana telah mengajar saya dan kawan - kawan mencipta blog sendiri. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sewaktu mencipta blog ini. Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada kawan - kawan yang banyak membantu.